♥ admin ♥

My photo
just call me ara. respect me, i will respect u. saya TAK LAYAN orang BIADAP! :)

Sunday 23 October 2011

pengorbanan seorang ibu :'(

aku dan ibuku tinggal berdua di rumah peninggalan ayahku yang telah meninggal dunia ketika aku baru lahir..


ibuku bekerja memasak di kantin sekolahku. hidup kami walaupun susah namun ibuku amat menyayangiku cuma aku tidak sedar. ibuku buta sebelah matanya, aku sgt malu dan sgt membencinya. suatu hari saat aku masuk sekolah dia dtg ke kelasku dan mengucap salam padaku.


aku begitu malu di depan teman2ku, bagaimana dia boleh melakukan itu kepadaku di hadapan kwn2ku. lalu aku tidak pedulikan dia dan melemparkan pandangan benci kepadanya. keesokan harinya, salah seorang kawanku mengejekku dgn berkata: ''hei! ibumu hanya punya sebelah mata.''


saat itu aku merasa ingin mati sahaja, dan ingin ibuku itu hilang dan pergi dari kehidupanku. lalu aku bertengkar dgn ibuku seraya mengatakan: ''kalau ibu hanya menjadi bahan tertawaan kwn2ku , mengapa ibu tak mati sahaja?'' ibuku hanya mendiam dan tak menjawab segala sumpah serana yang aku tujukan kepadanya. aku sama sekali tak memikirkan apa yang aku katakan padanya, kerana saat itu aku sgt marah kepadanya sbb beri malu kepadaku. dan aku juga tidak memperdulikan perasaannya terhadap sumpah serana ku.


aku berhasrat ingin keluar dari rumah ibuku itu. jadi aku belajar dgn rajin agar aku mendapat biasiswa utk belajar ke luar negeri dan meninggalkan ibuku yang buta itu. setelah habis belajar aku berjaya bekerja dan berkahwin, aku membeli rumah dan hidup bahagia dgn mempunyai 2 anak. pada suatu ketika ibu mengunjungiku, kerana sudah bertahun-tahun dia tidak menemuiku dan tidak pernah bertemu dgn cucu2nya.


ketika dia memneri salam dan isteriku membukakan pintu lalu anak2ku mentertawakannya kemudian takut kerana melihat wajahnya yang hanya dgn 1 mata. lalu aku menemuinya di luar dan berteriak kepadanya ''betapa beraninya kamu ke rumahku dan menakut-nakutkan anak2ku, pergi dari sini sekaang juga!'' ibuku hanya menjawab: ''maaf saya salah alamat.'' dan kemudian dia pun pergi.


beberapa lama selepas itu ada undangan perjumpaan semula sekolah lamaku dikirimkan ke rumahku. jadi aku berbohong kepada isteriku dan aku mengatakan ada mesyuarat di luar bandar. selesai perjumpaan semula di sekolah aku singgah di kampungku atas sekadar ingin tahu apa berita ibuku. sampai di rumah lamaku, didapati rumah itu begitu usang tanpa penjagaan dan hampir roboh. salah seorang jiran aku melihat kedatanganku dan menghampiriku. beliau mengatakan padaku bahawa ibuku telah meninggal dunia. aku langsung tidak berasa sedih @ menitiskan air mata mendengar berita itu. lalu jiran aku menyerahkan sepucuk surat peninggalan dari ibuku untukku. lalu aku membuka dan membacanya:


anakku tersayang, aku memikirkanmu setiap masa.
maafkan aku kerana telah dtg ke rumahmu dan menakut-nakutkan anak2mu.
aku ke rumahmu kerana rindu dan teringin sgt melihat cucuku.
walaupun kamu mengusirku tapi aku senang dpt melihatmu dan anak2mu.
dan aku sgt bergembira setelah aku dgr engkau akan hadir ke perjumpaan semula sekolahmu.
tapi sygnya aku tidak bisa bangkit dari tempat tidur aku untuk melihatmu.
anakku, maafkan aku yang telah membuatmu malu sewaktu kita masih bersama.
ketahuilah anakku, sewaktu kau masih kecil kau mengalami kemalangan yang membuatmu kehilangan sebelah matamu.
sebagai seorang ibu, aku tidak sanggup membiarkanmu hidup hanya dgn 1 mata saja. 
jadi aku dermakan mataku yang sebelah untukmu.
aku sgt bangga pada anakku yang telah memperlihatkanku dunia baru untukku ditempatku dgn mata itu.
bersama dgn cintaku,
IBUMUMU.


aku sgt menyesal apabila selesai membacanya.. tetapi apakan dayaku untuk mengulangi lagi masa silamku.. aku bagaikan ingin mati sahaja.. ibu aku minta maaf atas segala perbuatanku. terima kasih atas pemberianmu yang tidak ternilai ini.. inilah pemberian yang paling berharga untukku.. aku berjanji akan menjaga pemberianmu ini dgn baik.. aku berharap ibu memaafkan ku.. ibuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!




*moral of story: jgn sesekali lupakan ibu bapa ya.. kerana mereka sanggup berkorban apa sahaja untuk anda.. hargailah mereka selagi mereka bernafas.. :)



No comments:

Post a Comment

 

^^ Talking To The Moon ^^ | Designed by www.rindastemplates.com | Layout by Digi Scrap Kits | Author by Your Name :)

♥ created by nur syazrah ♥