♥ admin ♥

My photo
just call me ara. respect me, i will respect u. saya TAK LAYAN orang BIADAP! :)

Friday 20 January 2012

Al-fatihah

what?! Izwan  Pilus meninggal dunia?
bile seyh? sait ape?
terperanjat kite dpt tahu dia meninggal.
tak caye pun ade jugak.
tak dengar cerita, tup,, tup da meninggal.
innalillah~~ semoga ditempatkan di kala orang yang beriman.
Aminnnnnnnnnn~!

gambar terakhir beliau :")

p/s : sebenarnye dulu kite minat dengan dia. ^^

Wednesday 11 January 2012

pulau babi besar. babi?



Salam semua. Kali ini jugak ara nak bagi info menarik sekali lagi kat korang. Sebelum ni pasal tanjung-manjung, so kali ni pasal pulau lah pulak. Pulau Babi Besar. Babi? Dahsyat kan nama pulau ni. Mungkin ada yang sudah tau tapi ara rasa ramai jugak lah yang masih lagi tak pernah tau. tapi ara x tipu. Betul! Pulau Babi Besar ni memang ada. Memang wujud pon!.

Pulau Babi Besar merupakan salah satu dari gugusan pulau yang indah di Laut Cina Selatan di persisiran laut Johor, Malaysia. Pulau Babi Besar dikelilingi oleh beberapa pulau lain iaitu Pulau Rawa, Pulau Sibu, Pulau Mensirip, Pulau Hujung dan Pulau Tinggi dan mempunyai pantai berpasir putih yang bersih. Air yang jernih mengelilingi kesemua pantai di pulau-pulau tersebut. Ini antara lain disebabkan ia menghadap ke laut lepas, menjadikan pantainya dilanda ombak yang menghilangkan lumpur dari pasir pantainya.
Bagi memelihara dan memulihara kehidupan laut yang terdapat disekitar perairan pulau tersebut, kerajaan Johor telah mewartakan perairan pulau itu sebagai "Taman Laut". Ia dibuat demi menjaga lebih kurang 60 spesies hidupan marin daripada diancam kepupusan akibat daripada aktiviti-aktiviti manusia seperti selaman skuba, memancing dan sebagainya yang boleh mengancam habitat asli hidupan laut dalam lingkungan 2 batu nautika dari pulau tersebut.
Keunikan lain yang turut memperkayakan khazanah alam di pulau tersebut adalah seperti sayuran liar (ulam-ulaman) yang hijau merimbun, bebatang nyiur (Pokok Kelapa) serta aneka khazanah alam yang terdapat di dalam hutan tropikanya. Di sana terdapat lebih kurang 7 hingga 8 kampung kecil yang menjadi penempatan kepada lebih kurang seratus orang laut (kaum nelayan) yang telah menetap sekian lama disana yang menjadikan pulau tersebut sebagai rumah dan lubuk carian rezeki mereka. Puncak tertinggi di Pulau Babi Besar mencecah ketinggian 2,000 kaki dari aras laut.
Mengenai lagenda atau mitos yang didengari mengenai Pulau Babi Besar ni adalah kisah berkenaan dengan sepasang orang nelayan yang telah bertukar menjadi ikan duyung. Kisah ini agak popular di kalangan penduduk di sana, mereka mempercayai pada suatu hari isteri kepada seorang nelayan sedang sarat mengandung. Dia terlalu mengidamkan beberapa rumpai laut untuk dijadikan hidangan. Selepas makan, dia bertukar menjadi seekor ikan duyung. Suaminya yang berputus hati tentang peristiwa yang berlaku terhadap isterinya itu pun turut memakan rumpai laut yang terdapat dari perairan pulau tersebut, lalu si suami itu pun turut bertukar menjadi ikan duyung. Sehingga sekarang, dikatakan kadang-kala pasangan ikan duyung itu timbul ke permukaan air untuk menjamah dedaun rumpai laut yang terampai di sekitar pantai pulau tersebut.
Itulah sebenarnya kisah Pulau Babi Besar yang sekarang ni hanya dikenali sebagai Pulau Besar sahaja. Tiada lagi babi-babi.
Kenapa? Mungkin ia disebabkan soal sensitiviti atau penerimaan masyarakat sendiri. Tapi, apa kena mengena babi dengan pulau ni?? Mitos atau lagendanya pon babi tiada kaitan langsung dalam hal ni. Haha.

Sunday 1 January 2012

PEGAR laa, bukan PAGAR

Today I’m going to talk about a rather important issue in Malay language; which is lost in translation of words from Jawi to Rumi.

   
sebenarnye PEGAR syg,,, bkn PAGAR :)

Agak menarik status dia! Tiada pagar makan padi. Tetapi burung pegar. Kesilapan berlaku disebabkan perubahan ejaan rumi daripada jawi.  

nota kaki tangan mulut: ok skunk nie da taw ken? so, jgn guna perkataan PAGAR lg ok?

coffee and pasta from  pendekar berkuda ;)

 

^^ Talking To The Moon ^^ | Designed by www.rindastemplates.com | Layout by Digi Scrap Kits | Author by Your Name :)

♥ created by nur syazrah ♥